Umno Roboh Kampung Melayu!

Friday, November 4, 2011

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.

"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama.


Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.

Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.

Read more...

Anak datuk bandar MBPJ, 2 rakan bebas tuduhan saman

Friday, September 30, 2011

Anak Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dua rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tuduhan menyamun seorang pemilik Cybercafe, tahun lepas.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap penuntut kolej Mohd Radzak Razali, 22; pemandu peribadi Zulhelmi Mohammad, 23, serta Mohd Khairul Amir Mohamad Roslan, 23, penuntut kolej yang juga anak kepada Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Rozina dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal memanggil pengadu dan mangsa untuk memberi keterangan di mahkamah sebaliknya pihak pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan pegawai polis.



"Selain itu pengecaman terhadap tertuduh pertama (Mohd Radzak) dan kedua (Zulhelmi) semasa kawad cam juga diragui kerana berdasarkan keterangan saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat Inspektor Zaini Mohamad Piah bahawa tangkapan yang dibuat ke atas kedua-dua tertuduh adalah berdasarkan pengecaman orang awam ke atas kereta dan pengecaman tersebut tidak dibuat berdasarkan individu yang ada di dalam kereta itu," katanya.

Rozina berkata tiada keterangan mengaitkan tertuduh ketiga iaitu Mohd Khairul memandangkan tertuduh tidak berada di tempat kejadian.

"Adalah tidak selamat untuk sabitkan tertuduh pertama dan tertuduh kedua hanya berdasarkan pengecaman dalam kereta... pihak pendakwaan juga gagal memanggil pemilik kereta untuk membuktikan kaitan kereta itu dengan mana-mana tertuduh," katanya.

Mohd Radzak, Zulhelmi dan Mohd Khairul didakwa bersama-sama melakukan samun wang tunai RM450 milik Ng Poh Siong, 35, dengan menggunakan sebilah pisau di Kaunter Kedai Cybercafe No 11&13, Jalan PJS 10/24, Taman Sri Subang dekat Petaling Jaya pada kira-kira pukul 5.30 pagi, 23 Mac 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam masing-masing iaitu P. Sutheswary, MK Thas dan Adzly Ab Manas.

- Bernama

Read more...

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP