GANDINGAN HUSAM-MAT SABU UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Monday, April 11, 2011

Husam Musa telah pun dicalonkan oleh sebuah Kawasan untuk Presiden PAS. Manakala Mat Sabu pula telah dicalonkan oleh Kawasan Husam Musa sendiri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Gandingan Husam-Mat Sabu sedang menanti untuk menghuru-harakan PAS sebaik-baik sahaja pilihanraya negeri Sarawak berakhir pada hujung minggu ini.

Tidak lagi menjadi berita rahsia yang jawatan Presiden PAS bukan lagi selamat. Kedudukan Abdul Hadi Awang sudah berada di hujung tanduk. Tiga tahun lalu apabila Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, ia merupakan menembak kaki mereka sendiri. Golongan Erdogan di dalam PAS yang tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri, menggunakan kesempatan daripada isu Kerajaan Perpaduan untuk menyemai bibit-bibit kebencian terhadap Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa.

Sudah tentulah Mat Sabu dan Husam Musa mendapat restu daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat tidak sebulu dengan Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada. Tanpa restu Nik Abdul Aziz, sudah tentulah Husam Musa tidak akan berani melanggar Abdul Hadi Awang. Projek langgar Hadi-Nasha bukannya projek baru.

Gandingan Husam-Mat Sabu perlu ada bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada apa yang sedang berlaku sekarang. Bagi kebanyakan ahli-ahli baru PAS, Anwar Ibrahim adalah segala-galanya. Bahkan Anwar mengatasi kepimpinan utama PAS sendiri. Dalam portal-portal berita, mahupun blog-blog penyokong PAS, berita tentang Anwar Ibrahim, bahkan Lim Guan Eng mendahului berita tentang Abdul Hadi Awang, malah berita tentang Nasharuddin Mat boleh dikatakan langsung tidak ada.

Kes video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam. Kepimpinan utama PAS dilihat tidak cuba untuk mempertahankan Anwar Ibrahim seperti mana yang mereka lakukan dalam liwat pertama dan liwat kedua menerusi siri demonstrasi jalanan termasuklah BERSIH.

Dan kerana itulah, kaum Erdogan di dalam PAS melihat keperluan untuk mengambilalih pimpinan PAS bagi membolehkan sokongan daripada ahli-ahli PAS terhadap Anwar Ibrahim dapat dipulihkan semula. Pimpinan tertinggi PAS perlu digantikan dengan orang yang lebih bersimpati kepada Anwar Ibrahim. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kem Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu mengambilalih tampuk pentadbiran dan menjadi peneraju utama PAS.

Biarpun para penyokong masih lagi hidup dalam lamunan mimpi, yang sahihnya, selepas PRN Sarawak, pertembungan lebih besar akan berlaku antara Kem Nik Abdul Aziz dengan Kem Abdul Hadi Awang....

Read more...

BREAKING NEWS - Anwar Ibrahim Akan Melarikan Diri Ke Amerika Syarikat

Sumber Berita Dari Manusia Fasik Seperti Kat Bawah

Maklumat terbaru yang Gomo terima bahawa Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke Amerika dalam minggu ini sebelum hari pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak. Maklumat ini di perolehi dari orang kanan Anwar Ibrahim sendiri yang menyatakan bahawa segala Program yang di bakal di adakan di Semenanjung di batalkan.

Untuk makluman semua, isu Video Porno yang membabitkan ANwar Ibrahim ini semakin panas sehinggakan KLU utama kes Video Seks ini iaitu Jam Tangan Omega di desak rakyat untuk mengetahuinya di mana Jam Tangan Omega tersebut.

Jika anda ingat Anwar Ibrahim sejak datang ke Sarawak dalam menjalankan Rekayasa Fitnahnya terhadap BN sampai ke hari ini beliau masih belum pulang ke Semenanjung. Malah program yang sepatutnya berjalan di Kuala Lumpur di Batalkan akibat dari ketidak hadiran Anwar dalam program yang berlangsung.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak pulang pulang ke Semenanjung? Gomo menerima banyak mesej melalui Inbox FB dan juga emel yang bertanyakan soalan yang sama dan jawapan Gomo dalam hal ini adalah kerana Anwar Ibrahim sudah tahu bahawa beliau menjadi Alibi kepada Pakatan Rakyat.

Ini merupakan Faktor kuat bahawa Anwar Ibrahim akan melarikan diri dalam masa terdekat memandangkan sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih lagi GAGAL menjawap DI MANA JAM TANGAN OMEGA miliknya.

Read more...

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP