PAS Gagal di Kedah & Kelantan

Tuesday, April 26, 2011



PELAJAR UUM terpaksa mengangkut air dari luar kediaman mereka ke tingkat atas berikutan bekalan air sentiasa terputus sejak dua tahun lepas.

Kerajaan PAS Kedah gagal mentadbir negeri dengan baik. Warga UUM terpaksa menanggung sengsara akibat cara pentadbiran lemah PAS. Kos sejumlah RM80,000 ke RM90,000 ditanggung sebulan untuk menampung kelemahan yang dibuat oleh PAS. Bukan sekadar air, PAS Kedah juga mencekik darah dengan menaikkan cukai tanah sejumlah RM1.743 juta setahun terhadap UUM.



Begitu juga di Kelantan, kerajaan PAS Kelantan gagal menguruskan bekalan air dengan baik kepada rakyat. Pihak yang menanggung derita adalah rakyat. Pihak yang untung adalah syarikat yang menguruskan air ini. Mengapa tidak didedahkan kepada umum siapa lembaga pengarah syarikat tersebut? Kroni PAS?

Laman Air Kelantan Sdn Bhd seolah menyembunyikan siapa Lembaga Pengarah untuk Syarikat Air Kelantan (baca sini). Begitu juga dengan fakta pemilikan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (baca sini). Mereka seolah menyembunyikan sesuatu dari rakyat. Patutlah di Selangor, mereka amat marah dengan SYABAS, ini kerana di Selangor mereka gagal berikan projek air kepada syarikat kroni. Pembangkang memang gagal mentadbir. Masalah air pun gagal diurus dengan baik bagaimana hendak mentadbir seluruh negara ini?

Blog Umno

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP