Saudara Anwar, adakah tuan benar-benar menghormati kaum India?
Monday, May 2, 2011
Salam sejahtera saudara, Saya ingin merujuk kepada ucapan salam anda di “Ceramah Perdana: Kebangkitan Rakyat Sarawak”, pada April 29, 2011, Ampang. http://www.youtube.com/watch?v=mN2qmp270mg&feature=player_embedded dan banyak lagi ceramah-ceramah lain tetapi hanya dipetik satu sahaja di sini.
Saya pernah kemukakan komen saya setahun lalu kepada pihak tuan berkenaan cara “greeting” kepada komuniti India dalam ucapan di tempatumum tetapi nampakya pihak tuan tidak mengambil serius akan komen tersebut.
Dalam ucapan April 29, 2011 di Ampang, pihak tuan mengulangi sikap tidak menghormati rakyat India sekali lagi. Apakah yang dimaksudkandengan “Sagotara Sagotari Nandri, Shoru Shapudinge” (Saudara Saudari Terima kasih, Makan Nasi…) Adakah ini satu ucapan salam yang wajardibuat dalam ceramah umum, adakah ini menunjukkan kesopanan dan penghormatan?
“Nandri” adalah terima kasih dan harus disampaikan pada penghujung ucapan. Shoru atau nasi apa kaitannya dengan ucapan salam.
Tuan sebagai seorang pemimpin yang berpendidikan agama Islam semestinya pihak tuan tahu apa maksudnya “Hormat Menghormati”,”Kesopanan”, “Kemuliaan”, “Kesusilaan”….
Adakah tuan benar-benar menghormati kaum India? Dalam memberikan salam pun tidak ada penghormatan apatah lagi memperjuangkan hak orang India yang tertindas di tanah air Malaysia.
Apakah pihak tuan akan mempergunakan perkataan-perkataan salam yang digunakan untuk orang India kepada orang Cina dan Melayu.
Bolehkah anda mempermainkan ucapan salaman “Assalammualaikum” dan juga salaman orang Cina.
Tetapi apabila salaman disampaikan kepada orang India, begitu terhinakah mereka untuk pihak tuan sampai dijadikan bahan ketawa para hadirin ceramah di Ampang.
Kenapa perlu menyatakan “Shoru saptinggala….(Makan nasi….). Kenapa tidak sebut sedemikian kepada orang Cina ataupun orang Melayu.
Samada pihak tuan sedar atau tidak, anda sebenarnya menghinakan diri anda sendiri. Kata Mariam Mokhtar “Shame on you” kepada BN danPakatan.
Kerana pertamanya, tidak menghormati dan menyindir kebudayaan masyarakat India dan keduanya tidak menghormati perasaan orang India.
Wajarlah Mariam Mokhtar mengatakan “No one in Malaysia wants to know about this particular minority group. Not BN. Not Pakatan.
“Not even the editors of a few papers who refused to tell their story. Shame on them!” (dipetik dari artikel Mariam Mokhtar, “The untold story of a forgotten people”
Sampai ke hari ini pihak tuan:
i. Tidak pernah jujur dalam memperjuangkan penindasan yang dilakukan kepada komuniti India di negara ini.
ii. Tidak pernah berusaha untuk menangani masalah kemiskinan yang serius melanda masyarakat India
iii. Tidak berhati perut untuk mengeluarkan kenyataan bahawa “Interlok novel baik dan tiada unsur rasis”.
http://ntvirus.wordpress.com/2011/01/11/interlok-tiada-unsur-rasis-kata-anwar/
iv. Kalau begitu adakah ahli-ahli NIAT, para ahli akademik Cina terkemuka (Lim Teck Ghee) dan Ketua Agama Kristian di negara ini yang mengutuk Interlok dan menggesa supaya novel tersebut dikeluarkan dari silibus sekolah itu – adakah tokoh-tokoh ini tidak berpendidikan, jahil (bodoh) dan rasis.
Siapa yang rasis?
v. Apabila 54 ahli Human Rights Party ditangkap dan kini akan dihadapkan ke mahkamah, pihak tuan, Lim Guang Eng dan semua Pak Turut
tuan mendiamkan diri. Tetapi untuk Teoh Beng Hock sampai tiga hingga empat Trust Fund, dsbg.
vi. Nama parti “Parti Keadilan Rakyat” tetapi sangat lucu kerana di manakah keadilan untuk rakyat miskin India dan keadilan bagi 54 orang yang berprotes secara aman di Malaysia? Adakah tuan memberi sebarang press statement atau memperjuangkan di parlimen.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang usaha dari pihak tuan untuk memperjuangkan hak asasi 54 rakyat Malaysia yang akan dianiyaa oleh kerajaan. Di manakah Keadilan? Semua rakyat Malaysia maklum bahawa Parti Keadilan hanya memperjuangkan Keadilan untuk kaum Melayu dan Cina sahaja.
Memandangkan sikap itulah Mariam Mokhtar menulis artikel bertajuk “The Untold Story of the Forgotten People”.
Kami bukan gelojoh atau tamak untuk minta lebih dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, kami masyarakat India hanya memohon hak asasi
kami.
Hak asasi kami anda tidah endahkan dan kami dipijak-pijak bukan sahaja dari ucapan salam tuan dalam ceramah tetapi sampai ke liang lahad punkami tiada tempat untuk mendapat keamanan keana tanah perkuburan pun dirampas.
Anda membina mimpi untuk menjejak kaki di Putrajaya tetapi penindasan yang dilakukan kepada masyarakat India tidak diendahkan. Pada suatu masa dulu anda melafazkan “Tidak ada kuil di Penang akan dapat mendengar bunyi loceng kuil….”, kini anda menghina kami dengan berdiam diri dan tidak memperjuangkan hak asasi kami, isu Interlok, isu 54 orang yang akan dikemukakan ke mahkamah…dan banyak lagi!
Tanyalah diri tuan, adakah anda seorang pemimpin yang jujur, pemimpin yang layak memimpin masyarakat Malaysia?
Semua orang tahu, pihak tuan hanya ingin menguasai Putrajaya dan bagi mereka yang tidak menyokong BN tiada jalan lain daripada mengundi PR.
Bukannya mereka mengundi PR kerana menyokong mimpi tuan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
First of all, Learn how to respect all the cultural communities in Malaysia and then be a good leader. For PR government particularly:
God gives and forgives, PR gets and forgets (Seperti juga BN) Harapan kami adalah Parti Keadilan Rakyat akan benar-benar menjadi parti yang memperjuangkan keadilan semua golongan rakyat bukan sahaja untuk sesuatu kaum tertentu yang dipilih seperti yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Sangat menyedihkan untuk melihat kekejaman kerajaan BN/PR yang dilakukan kepada masyarakat India.
“People curse the man who hoards grain, but blessings crown him who is willing to sell”.
Once again, I qoute Mariam Mokhtar : No one in Malaysia wants to know about this particular minority group. Not BN. Not Pakatan.
Not even the editors of a few papers who refused to tell their story. Shame on them!”
Also read:
The untold story of a forgotten people
0 comments:
Post a Comment