PERKASA sokong Osama Dibunuh

Tuesday, May 10, 2011

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyokong kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dunia kini lebih selamat selepas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh Amerika Syarikat.



NONENamun, PERKASA tetap membantah tindakan Amerika Syarikat yang membunuh dan membuang jenazah Osama ke laut, kata timbalan presiden pertubuhan Melayu itu, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar (kanan).



"Apa yang kita bantah ialah tindakan membuang jenazah itu ke laut sebab itu menghina (Osama) sebab dia ada agama, sebagai seorang Islam.



"Agama mana yang benarkan mayat penganutnya dibuang ke laut?" katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.



Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Amerika yang menembak mati Osama dalam operasi mengejut di sebuah perkampungan di Pakistan pada 2 Mei lalu.



azlan"Ini juga satu penghinaan. Kenapa dia dibunuh kalau dia tidak ada senjata. Kenapa dia tidak ditangkap dan dibicarakan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.



Terdahulu, beliau bersama sekumpulan lebih sepuluh orang anggota PERKASA berhimpun di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan ke atas pembunuhan berkenaan.



Satu notis bantahan yang dialamatkan kepada presiden Amerika Barack Obama turut diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan berkenaan petang ini.

Read more...

Ketua Pendakwa SPRM Ajar Saksi Jawab Soalan


RCI: Ketua pendakwa bimbing saksi jawab soalan?Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Razak Musa (gambar) hari ini dituduh membimbing para saksi bagaimana hendak menjawab soalan dari suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Pegawai kanan penguatkuasa Azian Umar, yang dipanggil semula oleh Majlis Peguam untuk memberi keterangan dalam siasatan hari ini berkata, Abdul Razak telah mengarahkannya untuk hanya menjawab bila ditanyakan dan jangan jawab jika tidak ditanya".

Perkara itu dibangkit ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee (kiri) menyoal Azian mengenai SMS antara beliau dengan pegawai atasannya, Hairul Ilham Hamzah.

Kandungan SMS itu menjadi perhatian.

Azian pada 17 Julai 2009 - sehari selepas kematian Teoh - nampaknya merayu kepada Hairul supaya tidak mengarahkan para pegawai bawahannya "membuat kenyataan palsu".

Cheow bertanya kepada Azian - yang sebelum ini telah memberi keterangan kepada RCI pada 28 Februari - mengapa dia tidak memaklumkan maklumat mengenai SMS tersebut.

Selepas berhenti seketika, dia berkata: "Ia bukan satu isu (dan) saya tidak mahu menjadikannya satu isu."

Jawapannya berhubung peranan Abdul Razak'menyebabkan pengerusi RCI, Datuk James Foong bertanya kepada peguam SPRM Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sedar tentang arahan tersebut.

Ulasan GB

Hal ini serius. Bagaimana kebenaran dan keadilan boleh ditegakkan jika saksi-saksi tidak bebas untuk menjawab jika mereka sebenarnya telah diajar untuk menjawab oleh Pendakwa?

GB dari awal meragui prosiding Suruhanjaya dan amat mengesyaki bahawa saksi-saksi ini telah dibimbing untuk menjawab. Maka lantaran itu di satu ketika pak guard SPRM membawa skrip ketika menjawab prosiding, tetapi tiada tindakan diambil. Seolah-olah ada konspirasi untuk menyembunyikan sesuatu "rahsia besar" di kalangan pegawai SPRM.

Satu siasatan dalam siasatan perlu dilakukan supaya Suruhanjaya tidak dikatonkan oleh pendakwa yang bedebah itu. Integriti Suruhanjaya dipersoalkan jika berdiam diri terhadap salah-laku pendakwa yang begitu ketara.

Pak guard SPRM rupa-rupanya telah diajar bagaimana untuk menjawab di depan Suruhanjaya Siasatan Teoh.

Dan GB yakin skrip-skrip ini juga disediakan untuk semua mereka yang dipanggil untuk siasatan.

Sudah ada komplot peringkat tertinggi bagi "menipu" Suruhanjaya Siasatan, dan kita YAKIN, penipuan ini berlaku semenjak sebelum inkues diadakan.


Pakatan Rakyat perlu membela keluarga Teoh dengan membuat laporan polis terhadap Ketua Pendakwa SPRM ini supaya semua rahsia ini dibongkar habis dan Ketua Pendakwa itu ditangkap dan disiasat.

PR perlu ada jawatankuasa khusus untuk isu-isu semasa sebegini. Janganlah tidur dan janganlah asyik berceramah. Ceramah pun kadangkala tak fokus. Buran semacam jer. Nak menang ke nak kalah?

Read more...

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP