Ketua Pendakwa SPRM Ajar Saksi Jawab Soalan

Tuesday, May 10, 2011


RCI: Ketua pendakwa bimbing saksi jawab soalan?Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Razak Musa (gambar) hari ini dituduh membimbing para saksi bagaimana hendak menjawab soalan dari suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Pegawai kanan penguatkuasa Azian Umar, yang dipanggil semula oleh Majlis Peguam untuk memberi keterangan dalam siasatan hari ini berkata, Abdul Razak telah mengarahkannya untuk hanya menjawab bila ditanyakan dan jangan jawab jika tidak ditanya".

Perkara itu dibangkit ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee (kiri) menyoal Azian mengenai SMS antara beliau dengan pegawai atasannya, Hairul Ilham Hamzah.

Kandungan SMS itu menjadi perhatian.

Azian pada 17 Julai 2009 - sehari selepas kematian Teoh - nampaknya merayu kepada Hairul supaya tidak mengarahkan para pegawai bawahannya "membuat kenyataan palsu".

Cheow bertanya kepada Azian - yang sebelum ini telah memberi keterangan kepada RCI pada 28 Februari - mengapa dia tidak memaklumkan maklumat mengenai SMS tersebut.

Selepas berhenti seketika, dia berkata: "Ia bukan satu isu (dan) saya tidak mahu menjadikannya satu isu."

Jawapannya berhubung peranan Abdul Razak'menyebabkan pengerusi RCI, Datuk James Foong bertanya kepada peguam SPRM Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sedar tentang arahan tersebut.

Ulasan GB

Hal ini serius. Bagaimana kebenaran dan keadilan boleh ditegakkan jika saksi-saksi tidak bebas untuk menjawab jika mereka sebenarnya telah diajar untuk menjawab oleh Pendakwa?

GB dari awal meragui prosiding Suruhanjaya dan amat mengesyaki bahawa saksi-saksi ini telah dibimbing untuk menjawab. Maka lantaran itu di satu ketika pak guard SPRM membawa skrip ketika menjawab prosiding, tetapi tiada tindakan diambil. Seolah-olah ada konspirasi untuk menyembunyikan sesuatu "rahsia besar" di kalangan pegawai SPRM.

Satu siasatan dalam siasatan perlu dilakukan supaya Suruhanjaya tidak dikatonkan oleh pendakwa yang bedebah itu. Integriti Suruhanjaya dipersoalkan jika berdiam diri terhadap salah-laku pendakwa yang begitu ketara.

Pak guard SPRM rupa-rupanya telah diajar bagaimana untuk menjawab di depan Suruhanjaya Siasatan Teoh.

Dan GB yakin skrip-skrip ini juga disediakan untuk semua mereka yang dipanggil untuk siasatan.

Sudah ada komplot peringkat tertinggi bagi "menipu" Suruhanjaya Siasatan, dan kita YAKIN, penipuan ini berlaku semenjak sebelum inkues diadakan.


Pakatan Rakyat perlu membela keluarga Teoh dengan membuat laporan polis terhadap Ketua Pendakwa SPRM ini supaya semua rahsia ini dibongkar habis dan Ketua Pendakwa itu ditangkap dan disiasat.

PR perlu ada jawatankuasa khusus untuk isu-isu semasa sebegini. Janganlah tidur dan janganlah asyik berceramah. Ceramah pun kadangkala tak fokus. Buran semacam jer. Nak menang ke nak kalah?

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP