Di manakah Anwar Sekarang? Apakah Sudah Lari Ke Negara Lain?
Thursday, April 21, 2011
     
Jika  menurut blog AIDC, Anwar Ibrahim dijangka akan pulang Ke Malaysia hari  ini dari Osaka, Jepun kerana programnya bersama penaja, Nippon  Foundation dan Sasakawa Peace Foundation (SPF) tamat pada hari ini.  
Dan jika merujuk kepada twitter beliau, tweet Anwar Ibrahim yang teakhir hanyalah disebelah petang tadi. Dan di saat artikel ini di tulis, masih tidak ada tweet atau pun kenyataan baru di dalam blog oleh Anwar Ibrahim. Yang ada ialah kenyataan boy Rafizi Ramli yang tidak signifikan langsung untuk dibaca.  Apakah beliau sudah pulang ke Malaysia atau tukar plan melencong ke negara lain?
Yang ada ialah kenyataan boy Rafizi Ramli yang tidak signifikan langsung untuk dibaca.  Apakah beliau sudah pulang ke Malaysia atau tukar plan melencong ke negara lain?
Apakah beliau merancang untuk bail out?
Ini adalah kerana banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar brahim sejak pilihanraya Sarawak yang lepas.
Tatkala  itu, beliau memberi alasan untuk fokus kepada isu pilihanraya Sarawak  sahaja sama seperti boy Rafizi Ramli yang memberi alasan yang sama  apabila terkantoi tentang isu waktu twitter, FB dan DST.  
Yang  terbaru ialah kenyataan yang mengatakan bahawa agensi penyiaran Korea  Selatan telah mengesahkan ketulenan video kontroversi dan Anwar Ibrahim  adalah pelakon tersebut.  
Malah,  identiti pelacur berbangsa Cina itu pun sudah diketahui dan dikatakan  adalah pelacur muda yang masih belajar di sebuah kolej swasta.
Dan ada yang mengatakan bahawa usia pelacur Cina itu hampir sebaya dengan Nurl Izzah, anak perempuan Anwar brahim sendiri!  
Begitu  juga dengan isu jam Omega yang masih menimbulkan tandatanya dan  diburukkan lagi dengan respons Wan Azizah yang seolah-olah sudah putus  asa dan tidak mahu membersihkan nama suami beliau sendiri.
Ianya  kerana jika beliau benar-benar mahu melakukannya, Wan Azizah telah  menunjukkan sendiri jam tersebut tatkala sidang akhbar yang diadakan di  rumah beliau sendiri tidak lama dulu. Tetapi tidak!  
Seperti yang MiM katakan, terlalu banyak isu yang perlu dijawap oleh Anwar brahim apabila beliau sampai di negara ini.   25  April ini adalah tarikh baru kes liwat Anwar Ibrahim. Tarikh itu sangat  penting bagi pendakwa dan pembela mengemukakan hujah penggulungan  masing-masing.  
Nampaknya,  Anwar brahim tidak dapat lagi mengelak daripada dihujani pelbagai  persoalan yang ingin diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dan  jika beliau seorang yang mahu dipercayai, beliau sepatutnya berani  berdepan dengan segala persoalan tersebut tanpa memperlekeh-lekehkan  wartawan-wartawan yang menanyakan soalan-soalan tersebut! Tapi apakah  Anwar berani? - MIM
 
1 comments:
Sonang saja jawaban nya jang, saya difitnah kerana BN/UMNO dan kumpulan mereka tidak senang dengan kehadiran saya dalam arena politik di Malaysia, lebih2 lagi BN/Umno. Mereka mahu saya berundur dari kancah Politik Malaysia. Kenapa mereka mesti takut dengan saya ..kalau mereka betul2 jujur lagi amanah, jangan takut kita bertanding dengan cara yang professional lagi terbuka,bukan dengan menabur fitnah!!
Post a Comment