Imam Besar Masjidil Haram Iktiraf Usaha Najib

Friday, April 22, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia merupakan pengiktirafan terhadap usaha kerajaan bagi menegakkan Islam di negara ini.

"Saya percaya kalau dia (Sheikh Abdul Rahman) melihat di sini ada banyak kepincangan dari segi kita mengamalkan Islam, saya percaya dia tidak akan datang ke Malaysia.

"Keputusan dia datang itu dengan sendirinya merupakan satu pengiktirafan atas apa yang telah dilakukan oleh kita selama ini untuk umat Islam dan untuk menegakkan Islam di Malaysia," kata Najib ketika menerima kunjungan Sheikh Abdul Rahman di sini.

Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais menggesa umat Islam agar berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.

"Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah S.A.W. mengenai pentingnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP