Seksualiti Merdeka: Anwar bidas tindakan dwi-standard

Tuesday, November 8, 2011

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan sikap dwi-standard yang diberikan terhadap dua personaliti berhubung pembabitan mereka dengan program Seksualiti Merdeka yang mencetuskan kontroversi.

NONEKatanya, pelbagai bidasan sehingga polis menyiasat pejuang dan pendokong hak sivil Datuk Ambiga Sreenevasan, sedangkan terdapat jenayah yang lebih serius di negara ini yang memerlukan tindakan pihak polis.

"Mengapa beliau perlu dilayan sebagai seorang penjenayah, mengganggu beliau dengan cara demikian dan (selepas) beliau menjelaskan kedudukannya?" soal Anwar.

Beliau merujuk siasatan polis ke atas Ambiga semalam berhubung penglibatannya dalam acara tersebut.

ambiga question by police over seksualiti merdeka"Ia keteralaluan ... Mengapa Ambiga dijadikan mangsa? Difitnah berterusan... ini adalah apa yang kita pnamakan kesengsaraan warganegara biasa terhadap kegagahan kerajaan yang korup.

“Saya juga melaluinya dan sekarang giliran Ambiga," katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Ambiga yang juga pengerusi BERSIH 2.0 telah diundang bagi merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan daripada 9 hingga 13 November ini.

Bagaimana selepas dibidas dan dibantah oleh pelbagai kumpulan terhadap program ini - yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak lesbian, gay, biseksual, transeksual, - polis minggu lalu mengharamkan semua acara umum anjurannya.

ambiga question by police over seksualiti merdeka 071111 marina mahathirAnwar juga mempersoalkan mengapa seorang lagi aktivis hak asasi iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, langsung tidak disentuh meskipun beliau juga adalah penyokong lantang mempertahankan hak asasi kumpulan itu.

"Bukan tujuan saya minta mereka (polis) untuk bertindak ke atas Marina (kanan) - awak patut hormati hak-haknya untuk luahkan pandangannya - tetapi orang ramai boleh lihat perbezaan layanan ini.

"Tetapi saya tahu, mereka (polis) terus siasatnya (Ambiga) untuk setiap isu, ini jelas tindakan politik," kata Anwar.

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP