Showing posts with label husam. Show all posts
Showing posts with label husam. Show all posts

Utusan Kata Husam Beri RM350k pada Kickdefella

Thursday, June 2, 2011

Di dalam membantu kempen "Geng Perpaduang", Syed Azidi (Kickdefella) telah mengaku kononnya Husam Musa memberi kepada beliau RM350k. Tapi, kata Kick, duit tu bukan untuk membantu kempen Husam tetapi hanya bayaran pampasan terhadap penamatan kontrak beliau terdahulu.

Husam Musa pula menafikan dengan berkata:


“Until today, I don't have that much money in my bank account. It would be stupid to give away that big an amount to someone like him because I have never had that much money in my life,” said Husam, who is also a Kelantan state exco member.



Kita jangan lupa bagaimana Kickdefella menuduh Tok Guru makan rasuah. Lepas tu terbukti Tok Guru tidak makan rasuah selepas SPRM selesai penyiasatan mereka.

Lepas tu Kick ni dah jadi agen UMNO menyerang PAS dan Anwar Ibrahim. Kick yang sama juga mencuba untuk mengkaitkan Anwar Ibrahim dengan video blue Rahim Thamby Chik.

Tak heran Kick digunakan untuk membantu kempen geng perpaduang kerana beliau memanggil sidang akhbar di Putrajaya 24 jam sebelum bermula pemilihan PAS.

Cumanya, kandungan kenyataan akhbar beliau agak kurang menyerang Husam kerana dia pun takut kena saman dengan Husam kot?

Tulang Besi








Read more...

Hadi perlu dibantu oleh profesional - Husam Musa

Sunday, April 24, 2011

Datuk Husam Musa , Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

Kata Husam (gambar), Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.

“Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.

“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.

“Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.Baca kenyataan penuhnya di sini

Read more...

GANDINGAN HUSAM-MAT SABU UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Monday, April 11, 2011

Husam Musa telah pun dicalonkan oleh sebuah Kawasan untuk Presiden PAS. Manakala Mat Sabu pula telah dicalonkan oleh Kawasan Husam Musa sendiri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Gandingan Husam-Mat Sabu sedang menanti untuk menghuru-harakan PAS sebaik-baik sahaja pilihanraya negeri Sarawak berakhir pada hujung minggu ini.

Tidak lagi menjadi berita rahsia yang jawatan Presiden PAS bukan lagi selamat. Kedudukan Abdul Hadi Awang sudah berada di hujung tanduk. Tiga tahun lalu apabila Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, ia merupakan menembak kaki mereka sendiri. Golongan Erdogan di dalam PAS yang tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri, menggunakan kesempatan daripada isu Kerajaan Perpaduan untuk menyemai bibit-bibit kebencian terhadap Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa.

Sudah tentulah Mat Sabu dan Husam Musa mendapat restu daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat tidak sebulu dengan Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada. Tanpa restu Nik Abdul Aziz, sudah tentulah Husam Musa tidak akan berani melanggar Abdul Hadi Awang. Projek langgar Hadi-Nasha bukannya projek baru.

Gandingan Husam-Mat Sabu perlu ada bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada apa yang sedang berlaku sekarang. Bagi kebanyakan ahli-ahli baru PAS, Anwar Ibrahim adalah segala-galanya. Bahkan Anwar mengatasi kepimpinan utama PAS sendiri. Dalam portal-portal berita, mahupun blog-blog penyokong PAS, berita tentang Anwar Ibrahim, bahkan Lim Guan Eng mendahului berita tentang Abdul Hadi Awang, malah berita tentang Nasharuddin Mat boleh dikatakan langsung tidak ada.

Kes video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam. Kepimpinan utama PAS dilihat tidak cuba untuk mempertahankan Anwar Ibrahim seperti mana yang mereka lakukan dalam liwat pertama dan liwat kedua menerusi siri demonstrasi jalanan termasuklah BERSIH.

Dan kerana itulah, kaum Erdogan di dalam PAS melihat keperluan untuk mengambilalih pimpinan PAS bagi membolehkan sokongan daripada ahli-ahli PAS terhadap Anwar Ibrahim dapat dipulihkan semula. Pimpinan tertinggi PAS perlu digantikan dengan orang yang lebih bersimpati kepada Anwar Ibrahim. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kem Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu mengambilalih tampuk pentadbiran dan menjadi peneraju utama PAS.

Biarpun para penyokong masih lagi hidup dalam lamunan mimpi, yang sahihnya, selepas PRN Sarawak, pertembungan lebih besar akan berlaku antara Kem Nik Abdul Aziz dengan Kem Abdul Hadi Awang....

Read more...

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP