GANDINGAN HUSAM-MAT SABU UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Monday, April 11, 2011

Husam Musa telah pun dicalonkan oleh sebuah Kawasan untuk Presiden PAS. Manakala Mat Sabu pula telah dicalonkan oleh Kawasan Husam Musa sendiri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Gandingan Husam-Mat Sabu sedang menanti untuk menghuru-harakan PAS sebaik-baik sahaja pilihanraya negeri Sarawak berakhir pada hujung minggu ini.

Tidak lagi menjadi berita rahsia yang jawatan Presiden PAS bukan lagi selamat. Kedudukan Abdul Hadi Awang sudah berada di hujung tanduk. Tiga tahun lalu apabila Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, ia merupakan menembak kaki mereka sendiri. Golongan Erdogan di dalam PAS yang tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri, menggunakan kesempatan daripada isu Kerajaan Perpaduan untuk menyemai bibit-bibit kebencian terhadap Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa.

Sudah tentulah Mat Sabu dan Husam Musa mendapat restu daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat tidak sebulu dengan Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada. Tanpa restu Nik Abdul Aziz, sudah tentulah Husam Musa tidak akan berani melanggar Abdul Hadi Awang. Projek langgar Hadi-Nasha bukannya projek baru.

Gandingan Husam-Mat Sabu perlu ada bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada apa yang sedang berlaku sekarang. Bagi kebanyakan ahli-ahli baru PAS, Anwar Ibrahim adalah segala-galanya. Bahkan Anwar mengatasi kepimpinan utama PAS sendiri. Dalam portal-portal berita, mahupun blog-blog penyokong PAS, berita tentang Anwar Ibrahim, bahkan Lim Guan Eng mendahului berita tentang Abdul Hadi Awang, malah berita tentang Nasharuddin Mat boleh dikatakan langsung tidak ada.

Kes video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam. Kepimpinan utama PAS dilihat tidak cuba untuk mempertahankan Anwar Ibrahim seperti mana yang mereka lakukan dalam liwat pertama dan liwat kedua menerusi siri demonstrasi jalanan termasuklah BERSIH.

Dan kerana itulah, kaum Erdogan di dalam PAS melihat keperluan untuk mengambilalih pimpinan PAS bagi membolehkan sokongan daripada ahli-ahli PAS terhadap Anwar Ibrahim dapat dipulihkan semula. Pimpinan tertinggi PAS perlu digantikan dengan orang yang lebih bersimpati kepada Anwar Ibrahim. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kem Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu mengambilalih tampuk pentadbiran dan menjadi peneraju utama PAS.

Biarpun para penyokong masih lagi hidup dalam lamunan mimpi, yang sahihnya, selepas PRN Sarawak, pertembungan lebih besar akan berlaku antara Kem Nik Abdul Aziz dengan Kem Abdul Hadi Awang....

1 comments:

GOLD3 April 11, 2011 at 10:22 PM  

SYABAS. Gandingan mantap untuk selamatkan PAS.

Post a Comment

MY BLOG LIST

Blog Archive

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP