Ulama: Mat Sabu Terpengaruh Revolusi Syiah Iran?

Thursday, June 2, 2011

KL, 3 Jun 11: Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' yang dikatakan ramai penyokong Syiah dalam PAS menyokong beliau, mengakui beliau adalah antara anak muda yang menyokong revolusi Islam dipimpin oleh kaum Syiah di Iran pada tahun 1979 lalu.

Beliau mengatakan demikian ketika di interbiau oleh media pagi ini ketika mengemukan pandangan beliau mengenai kepimpinan ulama. Beliau yang bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua menegaskan, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad, 56, berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya yang terkenal di kalangan akar umbi ahli-ahli PAS dan parti pesaingnya.

“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau kepada media menjelang muktamar kali ke-57 yang bermula hari ini.

Mohamad Sabu yakin perwakilan PAS akan memberikannya peluang dalam percubaan kali kedua beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bagaimanapun berkata akan terus menyokong konsep kepimpinan ulama dalam Majlis Syura.

“Soal kepimpinan ulama ini diperkenalkan pada zaman kami masih Pemuda PAS pada 1982 yang mana ketika itu ketuanya adalah Datuk Mustafa Ali ... memang tidak dapat dinafikan ketika itu anak muda terpengaruh dengan revolusi Islam yang berlaku di Iran yang dipimpin golongan ulama,” katanya.

Mohamad menambah beliau akan terus mendokong konsep kepimpinan ulama dan Majlis Syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam. Selain Mohamad, turut bertanding jawatan itu adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu. Malah Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.

Jika Mat Sabu Terpilih..

Ditanya apa matlamat utama yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk jawatan nombor dua itu, Mohamad berkata..

“Tiga perkara yang akan saya lakukan (Perkara pertama) adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini,” kata beliau.

Perkara kedua, menggerakkan usaha bagi PAS mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan kerana jika tidak berterusan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terbengkalai. Mohamad Sabu berpendapat barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ini yang perlu ditekankan selain sokongan orang Melayu juga,” katanya lagi.

“Dan, yang ketiga pelan tindakan lebih agresif untuk PAS menggantikan Umno, yang mana kita mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti bukan gantikan perangai dan sifat Umno yang mengamalkan banyak perkara yang tidak betul,” katanya.

Jelas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, sekiranya PAS benar-benar serius mahu menawan Putrajaya, satu perubahan besar perlu dilakukan termasuk berusaha mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan.

“Sekiranya PAS boleh memberikan tumpuan kepada ketiga-tiga aspek ini sudah tentu kita boleh menjadi yang lebih baik daripada Umno dan saya sebagai calon timbalan presiden dan sekiranya terpilih akan memainkan peranan untuk mencapai matlamat itu bersama-sama presiden dan barisan kepimpinan,” katanya.

Justeru, kata Mohamad, beliau berharap dengan pengalaman yang ada perwakilan boleh memberi peluang kepadanya membantu parti selepas tewas kali pertama pada pemilihan 2009.

“Saya mungkin boleh menyumbang kepada parti dalam bidang-bidang yang boleh saya mainkan peranan seperti menarik sokongan orang bukan Melayu.

“Saya boleh memainkan peranan ini untuk tarik orang bukan Melayu kepada PAS, Kelab Penyokong PAS juga perlu diperluaskan lagi ... saya boleh bergerak lebih agresif dalam perkara ini.

Saya Tawarkan Khidmat..

“Oleh itu, saya tawarkan khidmat dan saya serahkan kepada perwakilan untuk buat keputusan,” katanya.

Tambah beliau, barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dan bukan mengambil pendekatan “sambil lewa” yang akhirnya akan melemahkan parti.

Tidak Puas Hati Presasi Parti...

“Saya tidak berpuas hati dengan prestasi parti, kepimpinan PAS yang mana ia masih berada di tahap yang rendah dan ia perlu dikembangkan sebagai contoh dalam beberapa siri pilihan raya kecil kita lihat wakil rakyat DAP lebih menonjol tapi wakil rakyat kita tidak.

“Ada yang datang sambil lewa, ini tidak boleh ... sepatutnya wakil rakyat perlu menyumbang kepada parti dan membantu mendapatkan sokongan ini yang perlu dipertingkatkan,” katanya. (IH)

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP