Altantuya : Polis Tidak Siasat Kewujudan Laporan ATM Babitkan Rosmah, Kata Raja Petra

Thursday, April 14, 2011

SHAH ALAM 14 APRIL : Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berkata wawancara beliau dengan TV3, menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Sharibuu dibunuh, hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

Penjelasan Raja Petra menerusi laman blognya, sekali gus menempelak laporan TV3 dan media arus perdana lain yang cuba memberi gambaran kononnya beliau di tekan untuk membuat kenyataan bersumpah itu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Petra berkata pada Jun 2008, beliau dimaklumkan oleh seorang bernama Nik Nazmi Nik Daud, bahawa laporan mengaitkan Rosmah dan dua pegawai tentera kepada pembunuhan Altantuya ada dalam milik Lt Kol Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam perisikan Angkatan Tentera Malaysia.

Nik Nazmi ketika itu bekerja dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, kata Raja Petra .

Raja Petra berkata Nik Nazmi memujuk beliau untuk membuat kenyataan bersumpah itu dan berjanji untuk membekalkan laporan perisikan ATM berkenaan apabila tiba masanya.

Raja Petra berkata beliau kemudian meminta seorang bernama John Pang untuk mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan laporan itu daripada Tengku Razaleigh.

Raja Petra mendakwa John, seperti Nik Nazmi, turut bekerja dengan Tengku Razaleigh. John mengesahkan bahawa Tengku Razaleigh mengenali rapat Lt Kol Azmi dan tahu mengenai laporan perisikan itu, kata Raja Petra.

Raja Petra berkata seorang lagi kenalannya bernama Din Merican yang bekerja di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengesahkan bahawa Lt.Kol Azmi sering ke pejabat Anwar dan Anwar mempercayai pegawai risik itu.

“Dengan keyakinan yang diberikan itu, saya menandatangani kenyataan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Raja Petra.

“Apa yang saya nyatakan dalam kenyataan bersumpah saya adalah saya di maklumkan mengenai (laporan perisikan) itu. Saya tidak pernah mengatakan ketiga-tiga individu memang hadir di tempat kejadian. Di dalam kenyataan bersumpah, saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkata itu bagi menegakkan kebenaran,” kata Raja Petra.

Justeru Raja Petra berkata laporan yang disiarkan oleh TV3 tidak membawa sebarang pendedahan baru dan beliau sedar kemungkinan wawancaranya akan diputarbelitkan.

“Selama tiga tahun saya menjelaskan latar belakang mengenai kenyataan bersumpah saya bahawa namun penjelasan itu ditolak dan mereka masih bertegas bahawa saya yang mendakwa Rosmah dan dua pegawai tentera hadir di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh,” kata Raja Petra.

Beliau berkata semua maklumat mengenai kenyataan bersumpahnya telah diberikan kepada polis namun tidak ada siasatan dilakukan terhadap individu-individu terbabit khususnya Lt Kol Azmi.

Raja Petra berkata beliau setuju diwawancara oleh TV3 kerana mahu menarik perhatian atas keperluan pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan kenyataan bersumpah yang dibuatnya.

“Saya tahu wawancara saya dengan TV3 akan disensasikan. Mungkin sensasi ini diperlukan supaya versi saya mengenai kenyataan bersumpah diberikan fokus yang sepatutnya. Saya membuat tuduhan terhadap Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang kedua dalam perisikan ATM, “kata Raja Petra.

Beliau berkata Nik Nazmi, orang yang mendedahkan kewujudan laporan perisikan ATM itu, kini berpaling tadah dan menjadi penyokong Datuk Seri Najib Razak, manakala John Pang kini bertugas dengan bank CIMB di Indonesia. CIMB adalah milik Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri.

http://tvsnews.net/v1/

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

Blog Archive

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP