POLIS DAPAT PETUNJUK BARU

Tuesday, April 12, 2011

Syabas pada polis kerana berjaya mendapatkan bukti bukti yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

”Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri,” kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata, beberapa petunjuk dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas.
Beliau berkata, berdasarkan daripada maklumat dan petunjuk yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM.

Kamalfarsya

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

Blog Archive

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP