Sokongan Pengundi Iban Kepada PAS Luar Biasa

Tuesday, April 12, 2011

Sokongan pengundi termasuk bukan Melayu kepada PAS meningkat mendadak dan ini memberi petanda akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“PAS akan meletakkan satu kerusi yang menjadi batu asas di Sarawak,” kata naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sambutan pengundi bukan sahaja orang Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat Iban yang beragama Kristian juga luar biasa.

“Masyarakat Sarawak yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam sudah tidak takut lagi kepada PAS.

“Selama ini, mereka tidak mendapat gambaran sebenar mengenai PAS setelah faktanya diselewengkan,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Sadong Jaya, Tanjung Datu, Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

“Semasa berkempen di kawasan rumah panjang kaum Iban yang beragama Kristian, mereka menerima PAS sebagaimana pengundi Melayu.

“Nampaknya, mereka telah menerima perjuangan PAS,” tambahnya.

Hari mengundi bagi pilihan raya negeri Sarawak ialah Ahad ini. Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri.

Pada pilihnaraya 2006, Barisan Nasional menang 63 kerusi manakala pembangkang lpan kerusi.

Bagaimanapun, calon PAS yang bertanding kerusi Beting Maro kalah kepada BN.

0 comments:

Post a Comment

MY BLOG LIST

Blog Archive

About This Blog

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP