BN Tertelan Bara Di Sibu
Tuesday, April 12, 2011
Parlimen Sibu mengandungi tiga buah DUN iaitu Piasau, Pujut dan Senadin. Dua daripadanya ditandingi oleh calon DAP dan satu lagi ditandingi oleh PKR. Piasau dan Pujut masing-masing ditandingi oleh calon DAP iaitu Ling Sie Kiong dan Fong Pau Tek manakala DUN Senadin pula ditandingi oleh Michael Teo Yu Keng dari PKR.
Walaupun pelbagai cerita yang kurang enak kedengaran tentang calon-calon DAP dan PKR, namun nampaknya sambutan yang diberikan oleh penduduk serta pengundi terhadap ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, begitu mendapat sambutan yang cukup hangat. Dan kehangatan tersebut tidak hanya di Miri bahkan di Batu Niah pun, PKR dikhabarkan mendapat perhatian yang sangat luar biasa.
Sudah tentulah di kawasan bandar, topik utama yang diceramahkan dan dikempenkan adalah tentang pembalakan yang dimonopoli kononnya oleh Taib Mahmud dan kroni-kroninya, selain daripada keengganan Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak. Manakala di kawasan luar bandar seperti di sekitar Batu Niah pula, sepanduk dan pemidang seperti gambar di atas adalah pemandangan biasa yang boleh dilihat di mana-mana.
Kedatangan semakin ramai pemimpin Barisan Nasional dari Semenanjung nampaknya tidak mampu mengubah senario yang sedang berlangsung. Perkembangan terkini, ternyata sangat sukar untuk ditepis oleh barisan kepimpinan Barisan Nasional baik dari Semenanjung apatah lagi dari Sarawak.
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga nampaknya sudah melihat perkembangan yang tidak menyebelahi Barisan Nasional. Kerja kuat yang terpaksa dilipatgandakan, mempunyai tempoh yang sangat singkat.
Mungkin bukan budaya politik di Sarawak tetapi terlalu banyak berita yang hanya menceritakan tentang keseronokan, berita palsu dan cerita ampu-mengampu, mulai menunjukkan 'keberhasilan' yang sangat ketara... Barisan Nasional jauh ketinggalan berbanding Pakatan Rakyat.
Barisan Nasional benar-benar memerlukan bantuan daripada suara individu yang dilihat mempunyai sokongan kuat di Sarawak... individu yang cuba disingkirkan sebelum ini!!!
The Flying Kick
0 comments:
Post a Comment